Ku Lihat Langit Biru

Bukan sekadar blog

Berita Utama

Provokasi DAP punca peristiwa hitam 13 Mei 1969 – Abu Zahar

KUALA LUMPUR – Peristiwa hitam yang membadai negara, menyaksikan pertembungan berdarah antara kaum ketika 13 Mei 1969, berpunca daripada provokasi dan tindakan biadap anggota parti tamak haloba DAP.

Bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata, pengalaman bertugas sebagai anggota Cawangan Khas ketika insiden 13 Mei 1969 berlaku, membentuk kefahaman mengenai dalang utamanya.

“Saya nak nyatakan di sini, ringkas sahaja, peristiwa 13 Mei 1969 bermula kerana…parti DAP… dan, Lim Kit Siang masih ada lagi hari ini.

“Saya masih ingat di mana apabila mereka menang beberapa kerusi di Kuala Lumpur, masa itu Kuala Lumpur berada dalam Selangor lagi, dan masa itu lah, kalau baca Kertas Putih berkenaan 13 Mei, secara ringkas sahajalah, bahawa kerana 13 Mei lah yang membuatkan saya terpanggil kerana bahayanya pergaduhan kaum itu, terjejas negara kita,” katanya.

Bercakap pada sesi dialog sempena pelancaran kempen ‘Malaysia Negara Islam’ di sini, hari ini, beliau berkata, dekad yang berlalu selepas insiden itu menyaksikan kerajaan berjaya membaik pulih semula struktur sosio ekonomi tanah air, namun keadaan itu tidak berpanjangan apabila kini muncul semula gerakan yang cuba merosakkan kedaulatan Islam.

“Tetapi apa terjadi sekarang? Ini semua satu perkara yang perlu kita fikir secara mendalam. Sekarang ini, apa telah terjadi terhadap kedudukan agama Islam kita, yang telah dicabar, diperlekehkan, siapa punya kerja?,” katanya.

Abu Zahar, yang juga bekas peguam berkata, penasihat parti rasis anti-Islam DAP, Lim Kit Siang, ternyata telah mengingkari ikrar beliau sebagai ahli Parlimen, kerana tindakan biadapnya dalam merosakkan keharmonian tanah air.

“Saya nak sebut sekarang, Lim Kit Siang sendiri, dah berpuluh tahun dalam Parlimen.

“Sebelum menjadi ahli Parlimen, dia angkat sumpah, ikrar angkat sumpah, maknanya dalam ikrar, kita mestilah menunjukkan taat setia kepada Malaysia… dan juga melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Negara.

“Perdana Menteri, sampai lah ke semua ahli Parlimen, tapi apa jadinya hari ini? Dia (Lim Kit Siang) angkat sumpah, sumpah juga, tapi dia tak ikut. Maknanya dia telah mengingkari sumpah setianya kepada negara,” katanya.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén