Ku Lihat Langit Biru

Bukan sekadar blog

Berita Utama

Projek ECRL diteruskan semula dengan penjimatan RM21.5 bilion

KOS pembinaan untuk Fasa 1 dan 2 projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dikurangkan kepada RM44 bilion berdasarkan perjanjian baharu yang dipersetujui China, kata Pejabat Perdana Menteri.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, RM21.5 bilion dikurangkan dari kos asal sebanyak RM65.5 bilion.

“Pengurangan ini pastinya memberi manfaat kepada Malaysia dan meringankan beban kewangan negara,” menurut kenyataan itu.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian rundingan, Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) hari ini menandatangani Perjanjian Tambahan (SA) dengan China Communications Construction Company Ltd (CCCC) untuk memulakan semula projek itu.

SA ini merangkumi aspek kejuruteraan, perolehan, pembinaan & pentaulihan (EPCC) ECRL.

“Pencapaian ini dibuat selepas berbulan-bulan rundingan dibuat di antara syarikat terlibat dengan kerajaan Malaysia dan China,” menurut Pejabat Perdana Menteri.

Kenyataan terperinci berhubung kesepakatan ini akan diberikan oleh Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad pada Isnin.

Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Daim Zainuddin, Daim Zainuddin mengetuai rundingan itu bagi pihak kerajaan Malaysia. Beliau kini berada di Beijing untuk mengadakan perbincangan.

Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad menggantung projek ECRL selepas pilihan raya umum tahun lalu dan mengatakan projek yang dipersetujui oleh Najib Razak itu menggunakan kos sangat tinggi dan tidak adil.

Putrajaya pada asalnya memberi gambaran akan membatalkan projek itu tetapi menarik balik dari pendiriannya apabila berdepan dengan bayaran pembatalan yang besar.

Laluan kereta api sejauh 668 kilometer itu dianggarkan menelan belanja lebih RM130 bilion tetapi Daim memberitahu media bahawa perunding hampir menyetujui jumlah lebih kecil di bawah terma baharu.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén