Ku Lihat Langit Biru

Bukan sekadar blog

Berita Utama

Program Sarapan Pagi hanya untuk murid kurang berkemampuan

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan akan meneruskan Program Sarapan Pagi (PSP) 2020 seperti yang dijadualkan bermula 20 Januari ini.

Bagaimanapun menurut Perdana Menteri yang juga Pemangku Menteri Pendidikan, Tun Dr Mahathir Mohamad, program terbabit hanya khusus untuk murid yang kurang berkemampuan.

“Kita akan teruskan Program Sarapan Pagi (PSP) 2020, yang ada sekarang tertumpu kepada murid yang tidak mampu.

“Tetapi, kalau bagi sarapan pagi kepada semua pelajar, bermakna mereka (murid) yang ada duit, kaya, makan di rumah pun ada akan dapat juga.

“Jadi itu tidak adil, kita akan teruskan dan tambah bilangan mereka yang memerlukan untuk menerima bantuan ini,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan Kompleks Balai Islam Tenaga Nasional Berhad (TNB) di ibu negara pada Khamis.

Sebelum ini PSP 2020 dikatakan akan memberi manfaat itu kepada 2.7 juta murid sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan.

Bagi fasa pertama, PSP 2020 memberi manfaat kepada 37,000 orang murid dari 100 buah sekolah rendah seluruh negara dengan anggaran kos RM22 juta.

Loading...

Leave a Reply

Theme by Anders Norén