LAHORE – Mahkamah Pakistan hari ini menjatuhkan hukuman mati terhadap seorang profesor universiti kerana menghina Nabi Muhammad.
Junaid Hafeez, 33, ditahan pada 23 Mac 2013 kerana didakwa menyiarkan ucapan menghina Rasulullah s.a.w di media sosial.
Penghinaan agama adalah isu sensitif di Pakistan yang majoriti adalah penduduk Islam di mana undang-undangnya boleh membawa sehingga hukuman mati.
Hukuman terhadap Junaid diumumkan di mahkamah di Multan di mana dia bekerja sebagai profesor di universiti dekat situ semasa ditahan.
Peguamnya, Asad Jamal menyelar keputusan itu sebagai ‘sangat malang’.
“Kami akan merayu keputusan itu,” kata Asad memberitahu AFP.
“Hukuman dikenakan terhadap Junaid adalah kesilapan mahkamah dan keputusan itu sangat mengecewakan serta memeranjatkan.
“Kerajaan harus membebaskannya serta merta dan menggugurkan semua tuduhan terhadapnya,” kata Penyelidik Serantau Asia Selatan di Amnesty International.
Leave a Reply