Bukan sekadar blog

Berita Utama

Produk bukan Islam tak perlu pakai tulisan jawi

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mencadangkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) supaya mengeluarkan Sijil Halal dalam tulisan mengikut bangsa pemilik produk.

Setiausaha Agungnya, Datuk Dr. Maamor Osman berkata, sebagai contoh, jika produk itu dikeluarkan oleh pemilik Melayu, Islam, Jakim perlu mengeluarkan Sijil Halal dalam tulisan Jawi.

Katanya, begitu juga jika produk berkenaan dikeluarkan oleh syarikat Cina dan India, maka Sijil Halal mesti ditulis dalam bahasa Mandarin dan Tamil, bukan tulisan Jawi sebagaimana sebelum ini.

Ini tegas beliau sebagai tanda akur PPIM berhubung penolakan tulisan Jawi oleh persatuan Cina, Dong Zong bagi pelaksanaan dalam kurikulum sekolah tahun depan.

“Mereka (Dong Zong) tak nak Jawi, okey. Kita boleh terima. Tapi kita mahu penolakan itu secara menyeluruh sehingga pada produk keluaran bukan Islam pun dihapuskan tulisan Jawi.

Loading...

“Kita tidak mahu mereka mengambil kesempatan mengaut keuntungan atas kuasa membeli dalam kalangan orang Melayu dan Islam secara mengelirukan pembeli dengan tulisan Jawi.

“Ini tidak patut. Kalau betul-betul bencikan tulisan Jawi, jangan pakai, walaupun pada produk mereka,” katanya kepada media pada majlis kempen membeli akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo di sini, hari ini.

Dr. Maamor turut memberi contoh seperti makanan segera roti pau yang menggunakan nama Melayu, sedangkan pemilik dan pekerjanya bukan Islam.

Jelas beliau, tujuan pemilik menggunakan jenama Melayu dan nama lebih Islamik kerana untuk mengelirukan pembeli Islam kononnya makanan itu halal.

“Walhal pemiliknya bukan Islam, tapi menggunakan nama orang Melayu untuk kelirukan orang Islam.

“Kita mengajak orang Melayu, Islam selepas ini lebih berhati-hati membeli produk bukan Islam yang menggunakan nama Melayu,” katanya. – MalaysiaGazette

Loading...

11 Comments

  1. muhamad aidil

    bagus…sya sokong tu…sy nk sngt malaysia ni bngkit dri kjahatan2 mereka dan supaya malaysia dpt jdi semula negara yg harmoni…semua org inginkn keindahan ketenangan…yg bgus kita ambil yg buruk kita buang…dan brdoa supaya muslim2 di negara luar sna..supaya allah pelihara mereka dan musuh2 allah dihancurkn….amiin..semoga allah mkbulkn doa kita semua…

  2. ne

    saya pun sokong…

  3. SIJIL HALAL MESTI DITULIS DALAM BAHASA MANDARIN DAN TAMIL, BUKAN TULISAN JAWI ADALAH CADANGAN YANG TIDAK TEPAT. Sepatutnya jika dikeluarkan oleh syarikat Cina tulis dua bahasa iaitu JAWI dan MANDARIN, begitu jugak jika India ditulis JAWI dan TAMIL . Jadinya kita tahu itu adalah produk yang dikeluarkan oleh bukan Islam. Jakim perlu pantau perkara ini dengan lebih berkesan.

    • Nurul

      Kalau produk NON MUSLIM…..TAK PERLU ADA TULISAN JAWI ….sebab MEREKA TAK SUKA TULISAN JAWI…

      Orang Islam akan lebih mudah kenal produk non Muslim…

      • Anon MJ

        Setuju sangat !!! Akan adanya perbezaan barang makanan Muslim dan Non Muslim nanti.. Kekeliruan dapat dihindarkan sewaktu bershopping di Hypermarket dan di Restoran²

    • Anon MJ

      Setuju sangat !!! Akan adanya perbezaan barang makanan Muslim dan Non Muslim nanti.. Kekeliruan dapat dihindarkan sewaktu bershopping di Hypermarket dan di Restoran²

  4. Contoh: HALAL / 清真食品 dan HALAL / கோஷர்

  5. Unta

    Ya lah… kalau aku jumpa logo camtu komfirm aku tak beli sebab was was…

  6. rasa

    Saya pun sokong… kalau produk tu milik orang asli gunakan bahasa orang asli… kalau milik orang bajau guna bahasa bajau kalau milik orang dayak guna bahasa dayak… kalau milik orang thai guna bahasa thai gitula seterusnya…. kan lagi baguihhh

  7. Zainal

    Saya sgnt setuju di adakan perbezaan tulisan ini.

    Jawi hanya untuk produk muslim.

    Mandrin untuk produk cina.

    Tamil untuk produk india.

    Tiada juga nama2 produk yg mirip2 nama Islam dan Melayu bagi produk non muslim.

    JAKIM MESTI TEGAS DALAM HAL INI, KERANA IANYA MENJADI DARAH DAGING DAN MINDA.

    TIDAK PERLU DWI-BAHASA. ITU MASIH ADA UNSUR2 PENIPUAN.

    TAKBIR3

Leave a Reply