Bukan sekadar blog

Politik

PRK Rantau: TPM mahu pengundi pilih Streram demi keadilan

SEREMBAN – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berharap pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau akan memberi kemenangan kepada calon Pakatan Harapan (PH), Dr S. Streram sekaligus memberi majoriti lebih besar pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 13 April ini.

Beliau berkata, pengundi perlulah membuat keputusan bijak dan tidak mengecewakan calon PH yang berjuang atas prinsip menegakkan keadilan.

“Sebab dia (Streram) gigih melawan segala ketidakadilan dia pergi mahkamah dan dia menang di mahkamah. Jadi menang di mahkamah biarlah dia menang dalam PRK juga tetapi mestilah diundi tuan-tuan..Harap pengundi DUN Rantau tidak kecewakan seorang yang berjuang atas dasar prinsip nak tegakkan keadilan

Loading...

“Undi Rantau memberikan satu impak yang begitu penting dan bermakna untuk kami di PH,” katanya ketika berucap pada Program Ramah Mesra Bersama Pengundi Mambau di sini hari ini.

PRK Rantau yang akan diadakan 13 April ini menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Streram, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan daripada Barisan Nasional dan dua calon bebas iaitu suri rumah, R. Malarvizhi dan bekas pensyarah, Mohd. Nor Yassin. – Bernama

Loading...

Leave a Reply