Ku Lihat Langit Biru

Bukan sekadar blog

Politik

PRK Rantau: ‘Jangan biarkan UMNO BN kembali lagi’ – RSN Rayer

SEREMBAN – Pengundi di Rantau diingatkan supaya tidak membenarkan UMNO-Barisan Nasional (BN) kembali semula di Dewan Undangan Negeri Rantau pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Rantau 13 April ini.

Jika BN diberi kemenangan, ia akan menimbulkan masalah kepada pengundi Rantau yang baharu sahaja menikmati pentadbiran kerajaan negeri di bawah Pakatan Harapan.

Ahli Parlimen DAP Jelutong, S.N.Rayer berkata, pengundi-pengundi dan masyarakat Rantau tidak seharusnya tidak lupa masalah dan kerosakan yang ditinggalkan oleh kerajaan BN di bawah kepimpinan Mohamad Hasan di negeri Sembilan dan juga di peringkat Pusat.

“Saya rayu pengundi tolak calon UMNO-BN iaitu Datuk Seri Mohamad Hasan atau Tok Mad di Dun Rantau kerana kita mahukan pembangunan adil, saksama dan telus untuk semua kaum.

“Saya tak mahu beri apa-apa janji kerana itu akan jadi kesalahan Pilihan Raya.. jika lihat di Pulau Pinang dan Selangor bermacam-macam program dibuat dan percayalah PH Negeri Sembilan juga sedang merangka program yang membantu rakyat.

“Saya minta tuan-tuan, puan-puan ingatlah apa yang berlaku sebelum lalu…jangan lupa masalah lampau dan jangan benarkan UMNO-BN kembali, kita tumbangkan mereka kali ini,” katanya semasa berucap dalam Ceramah Umum pertama DAP Negeri Sembilan di Taman Pasir Mas, Pekan Rantau malam tadi.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Sumber Manusia, Perladangan dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri Sembilan, merangkap ADUN Nilai, J.Arul Kumar.

Beliau meminta pengundi yakin bahawa ada sebab kenapa program manifesto tak dapat diselesaikan oleh kerajaan Pakatan Harapan.

“BN 60 tahun memerintah,mencetuskan masalah rasuah, ketirisan dan kalau hendak diperbetulkan baru 8 hingga 9 bulan.

“Yakinlah dalam masa akan datang kerajaan PH akan memberi perkhidmatan cemerlang.

“Saya rayu kepda pengundi semua untuk sampaikan mesej kepada penduduk Rantau sama ada semasa meminum kopi bersama kawan pastikan 13 April ini keluar beramai-ramai dan memenangkan Streram,” ujarnya.

Tegas beliau, walaupun digelar calon underdog percaya mampu melakar kejutan terhadap BN di Rangtau kali ini dengan sokongan pengundi.

“Walaupun kita bertanding sebagai underdog dan dikatakan peluang menang sangat tipis, untuk pastikan beliau (Streram) menang, rancangan PH di Putrajaya dan Negeri Sembilan akan diteruskan demi manfaat rakyat di sini.

“Biarpun pertandingan sengit, saya yakin kita akan tumbangkan wakil UMNO Pas BN iaitu Tok Mad kali ini,” tegasnya lagi.

Loading...

Leave a Reply

Theme by Anders Norén