LUKISAN mural yang memaparkan wajah Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim di bawah jejambat berhamparan balai bomba Seksyen 15, Shah Alam, diconteng oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Menerusi gambar yang tersebar di media sosial, kelihatan bahagian wajah Adib disembur dengan cat berwarna hitam.
Posting berkenaan mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-rata geram dengan tindakan vandalisme yang disifatkan sebagai biadab itu.
Namun tidak kurang ada juga menitipkan doa agar roh arwah Adib dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para solihin.
Muhammad Adib, 24, yang juga anggota van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) BBP Subang Jaya, parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, Selangor pada 27 November tahun lalu.
Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember lalu di Institut Jantung Negara (IJN).
Leave a Reply