Bukan sekadar blog

Berita Utama

Polis buru remaja rosakkan makanan kedai serbaneka

NILAI – Polis memburu seorang remaja yang dipercayai sengaja merosakkan makanan di sebuah kedai serbaneka di pusat beli belah di sini, selepas klip insiden dari laman sosial Instagram itu tular, malam tadi.

Video berdurasi satu minit 10 saat itu yang kini tular di laman sosial Facebook, menunjukkan remaja lelaki berusia 18 tahun itu dengan sengaja merosakkan makanan sambil dirakam oleh rakannya.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Marzukee Besar, berkata pihaknya menerima laporan daripada pengurus kedai serbaneka itu pada jam 11.20 malam tadi.

Katanya, sebelum itu kira-kira jam 10 malam ketika pengurus itu berada di kedai serbaneka, dia terlihat video seorang remaja sedang merosakkan makanan di sebuah kedai serbaneka.

“Pengurus itu kemudian melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan mendapati video itu berlaku di kedai tempatnya bekerja.

“Hasil pemeriksaan mendapati berlaku kerugian makanan dan minuman yang rosak bernilai RM30,” katanya di sini, hari ini.

Mohd Marzukee berkata, usaha untuk mengesan suspek sedang dijalankan dan pihaknya sudah memperoleh beberapa maklumat berkaitan video yang tular itu.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat.

Sementara itu, seorang remaja menggunakan nama ‘luqbubbles’ di Instagram mengaku sebagai individu yang melakukan perbuatan itu dan membuat permohonan maaf.

Dia turut mendakwa akan membayar balik kerosakan yang dilakukan itu.

Loading...

Leave a Reply