KUALA LUMPUR – Malaysia dalam kerangka menukar jam waktu kerja daripada siang kepada malam bagi industri tertentu untuk mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pendekatan baharu ini sebagai satu usaha kerajaan PH supaya wang negara tidak mengalir ke luar dan ekonomi negara dapat berkembang menerusi konsep berkongsi kekayaan dengan rakyat.
Menurut Dr Mahathir, kebanyakan kerja dalam industri kotor, berbahaya dan sukar “dirty, difficult and dangerous” (3D) tidak sanggup dilakukan oleh rakyat kerana cuaca siang yang panas, justeru pekerjaan itu diserahkan kepada warga asing.
Katanya, pengambilalihan kerja ini telah menyebabkan RM60 bilion wang negara setiap tahun dibawa pulang ke negara luar kesan daripada tujuh juta warga asing yang mencari rezeki di sini dan perkara ini sekali gus merugikan dan memiskinkan Malaysia.
“Sebab itu kerajaan sedang berusaha supaya semua kerja dalam negara kita ini dilakukan oleh rakyat kita sendiri supaya pendapatan tidak mengalir ke luar negara dan menjadikan negara (kita) kaya.
“Memang tugas tersebut amat berat tetapi kita akan permudah dan ringankan, kalau tak sanggup kerja berat ia mungkin diringankan dengan bantuan mesin, bahkan kerja juga boleh dilakukan dalam bangunan dan tidak terdedah kepada panas di luar dan tidak selesa.
“Kita sedang fikir sama ada boleh alih waktu kerja dari waktu siang ditukar kepada waktu malam agar tidak panas,” katanya pada Majlis Makan Malam Tautan Muhibbah 2019 di Segambut di sini malam ini.
Pengerusi PH itu menambah, kerajaan mungkin akan membantu menggerakkan usaha ini dengan memasang lampu limpah di tapak-tapak industri atau perusahaan tertentu.
“Memang gelap pada waktu malam, tapi kita lihat ramai orang kaya main golf pada waktu malam dengan pemasangan lampu. Jadi tidak mustahil juga rakyat kita akan tanam padi pada waktu malam dengan pemasangan lampu, dan kita dapat selesaikan masalah panas.
“Mungkin ramai sukar terima tapi lama-kelamaan kita akan biasakan diri dengan cara macam ini, jadi dengan kerja pada waktu malam dengan bantuan lampu ia dapat mengurangkan tekanan berkerja dalam panas pada waktu siang,” ujar Perdana Menteri.
Beliau yang juga Pengerusi PPBM menambah, kerajaan berharap rakyat bekerja keras untuk hidup selesa dan mampu menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara dan ia akan membolehkan negara menyediakan kemudahan infrastruktur yang diperlukan rakyat.
“Kita akan tekan konsep berkongsi kekayaan dengan semua rakyat agar pendapatan negara dapat diagihkan sama rata kepada semua kaum, saya tak mahu lihat mana-mana kaum jadi miskin. Semua akan dapat peluang sama rata, dapat upah dan pendapatan yang lumayan,” katanya.
Malah Dr Mahathir mengingatkan tiada perbezaan antara PPBM dan parti-parti lain dalam kerajaan PH.
“PPBM juga sama seperti parti-parti lain, tujuan kita bukan nak berlagak sebagai menteri tetapi berkhidmat untuk rakyat supaya semua dapat hidup selesa,” katanya.
Rashdey bin Baharom
Bagi gaji tinggi dan faedah menarik,insyaALLAH ramai warga tempatan minat bekerja disektor3D INI.
Didie
Kerja malam mmang bolih.. tp kita org islam lain caranya.. time bila kita nk tido.. time bila kta nk rehat.. time bila kita nk solat? Malam jaga… siang tido.. prhubungan mnjadi renggang dgan kluarga.. kenduri kendara semua buat malam.. dh semua orang siang tido.. adoi cara tak kena tok… tok ckap semai padi mlam2.. tok mahu ka turun sawah malam2.. nnti jd isu plak.. tok pasang lampu tiap2 sawah padi bg trang.. semai padi mlam2.. bla nk mlam nya.. dh mlam pon terang.. siang pon terang..
Dee
“Allah ciptakan siang untuk bekerja dan malam utk berehat”
Renung2x kn lah😊
madri
kalau di sabah jm 6.10. magrib.
berursan dn bersama dengan keluarga.
*jm7.30 isyak.
*bantu anak buat kerja sekolah dn lain2 tugasan yg sdh menjadi rutin.
* rehat tidur. peluk isteri. eratkn hubungan.
*tgh mlm bgun solat tahajud. dn sebagainya. kerana itulah rutin bila badan tak penat.
*subuh bgun solat subuh. hantar anak kesekolah.
*trus kerja.
BLE KERJA MLM KALAU SETAKAT HINGGAH JM 10. ATAU GUNA SHIF.
Hani
Boleh laaa
Ash
Cakap suka bikin jak. mentang² duduk goyang kaki terus dapat duit. Kalau org yg bekerja diperladangan macam mana mau tumbuk sawit ? ingat boleh nampak ka kerja dalam gelap. takkkn nak bawa lampu suluh pula. Rugi nydi pm tapi nda nemu berunding 😏