Lebuhraya PLUS dirancang oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) pada tahun 1977 dan pembinaan bermula pada tahun 1980 sebelum PM ke-4 menjadi PM pada Julai 1981.
Setelah kerajaan berjaya membina 366km dari jumlah kepanjangan 823km dengan menggunakan dana awam, keseluruhan lebuhraya itu diserahkan oleh PM ke-4 kepada syarikat swasta pada tahun 1988 untuk tempoh konsesi 30 tahun.
Konsesi tol asal PLUS sepatutnya tamat tahun 2018.
Tapi dilanjutkan ke tahun 2030 oleh PM ke-4 pada tahun 1999.
Kemudian ianya dilanjutkan lagi ke tahun 2038 oleh PM ke-5 pada tahun 2005 untuk membayar tuntutan gantirugi ditinggalkan oleh PM ke-4.
Dibeli balik dari tangan swasta oleh PM ke-6 pada tahun 2011 dan diletakkan di bawah kerajaan pusat (51%) dan KWSP (49%).
(Masa itu, ada 3 plaza tol dilanjutkan konsesi selama 20 tahun dari tahun 2018 ke tahun 2038 sebagai bayaran gantirugi kepada PLUS untuk tidak menaikkan kadar tol. Namun plaza-plaza tol yang dilanjutkan tempoh itu akhirnya dihapuskan juga pada tahun 2018 apabila kerajaan BN masa itu ada lebihan wang untuk membayar gantirugi)
Selepas PRU14, Kerajaan PH tidak mahu bayar satu sen pun untuk mengurangkan tol.
Oleh itu konsesi PLUS dilanjutkan lagi ke tahun 2058 oleh PM ke-7 untuk memberi diskaun 18% yang dijanji Guan Eng dalam bajet 2020.
(bermakna jumlah tempoh konsesi tol untuk PLUS yang diberi oleh PM ke-4 dan PM ke-7 ialah 70 tahun lamanya)
Dengan itu, janji “tol-free” PH menjadi tol-forever.
Leave a Reply