Bukan sekadar blog

Berita Utama

PKP dilanjutkan dua minggu lagi sehingga 28 April

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilanjutkan dua minggu lagi sehingga 28 April depan.

Perkara tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi sidang media Perutusan Khas Perdana Menteri, sebentar tadi.

Muhyiddin berkata, ia selaras dengan pandangan WHO supaya PKP tidak ditarik terlalu awal.

“Pelanjutan tempoh PKP ini juga dapat memberi ruang kepada petugas kesihatan memerangi Covid-19 selain mengelakkan penularan semula wabak.

“Beberapa sektor ekonomi terpilih juga akan dibuka secara berperingkat dengan kawalan. Senarai sektor ekonomi akan diumumkan dalam masa terdekat,” katanya.

Loading...

Leave a Reply