Bukan sekadar blog

Politik

PH menang PRK bukti sokongan tidak merosot – Wan Azizah

KUALA LUMPUR – Kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan semalam menjadi bukti sokongan rakyat tidak merosot kepada parti itu.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, sepanjang PRK itu, PH juga mendapat kerjasama yang baik daripada Parti Warisan Sabah (Warisan).

“Alhamdulillah PH menang dengan kerjasama Warisan di Sabah.

“Ini menunjukkan bahawa memang merosotlah apa-apa hujah mengatakan kita menurun dalam mendapat sokongan rakyat. Sekurang-kurangnya di Sandakan kita telah memenangi PRK,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Hari Jururawat Antarabangsa 2019 di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Serdang dekat sini hari ini.

Yang turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad; Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Seri Dr. Chen Chaw Min dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.

Semalam, PRK Parlimen Sandakan memperlihatkan PH melalui calon DAP, Vivian Wong Shir Yee menang dengan majoriti 11,521 undi menewaskan empat pencabar lain.

Loading...

Leave a Reply