Ku Lihat Langit Biru

Bukan sekadar blog

Berita Utama

PH bakal jual tanah-tanah milik kerajaan untuk bayar hutang negara

KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan, jualan tanah kerajaan hanya akan dijual kepada rakyat tempatan sekiranya perlu bagi mengurangkan beban hutang negara.

Perdana Menteri berkata, langkah itu bagi memastikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak mengulangi tindakan pimpinan kerajaan lalu yang sanggup menjual aset negara kepada pihak asing.

“Kita masih ada beberapa aset. Jika perlu, kita akan jual tanah milik kerajaan tapi sudah tentu hanya jual tanah kepada rakyat Malaysia, bukan pihak asing. Langkah ini mampu mengurangkan hutang negara.

“Pembangkang boleh membantah, tetapi mereka tidak lagi berkuasa. Ketika memerintah, mereka tidak membantah tanah dijual kepada pihak asing, sekarang baru mereka sedar,” katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai rancangan untuk melupuskan aset kerajaan selepas berjaya menjual Equanimity. – UTUSAN ONLINE

Loading...

Leave a Reply

Theme by Anders Norén