Bukan sekadar blog

Berita Utama

Petisyen kekal Dr Maszlee dapat sambutan hangat, raih lebih 150,000 tandatangan

Satu petisyen dalam talian menggesa Dr Maszlee Malik kekal sebagai Menteri Pendidikan yang dilancarkan petang tadi terus mendapat sambutan hangat dari netizen.

Setakat pukul 10.30 malam, petisyen tersebut telah meraih sebanyak 157,857 tandatangan.

Dalam mukadimah petisyen berkenaan Maszlee dianggap sebagai Menteri Pendidikan yag telah berusaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara dengan memperkenalkan pelbagai inisiatif yang telah terbukti memberi manfaat.

Kementerian Pendidikan di bawahnya dikatakan bersikap telus dengan segala inisiatif dan progres usaha-usaha reformasi pendidikan.

Malangnya, menurutnya, segala inisiatif beliau telah dibayangi dengan laporan laporan negatif yang telah disensasikan oleh pihak yang berkepentingan.

“Keputusan meletakkan jawatan adalah satu kehilangan besar buat negara dan mewakili kumpulan masyarakat, kami memohon agar YB Perdana Menteri sebagai negarawan terulung untuk mengembalikan YB Maszlee Malik untuk menggalas tanggungjawab sebagai Menteri Pendidikan Malaysia,” katanya lagi.

Loading...

Leave a Reply