DUBAI – Sebuah pesawat Boeing 737 milik Ukraine International Airlines terhempas akibat masalah teknikal sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Imam Khomeini, Iran.
Berdasarkan laporan agensi berita Fars, pesawat terbabit membawa 180 penumpang dan kru tetapi tiada maklumat lanjut diperoleh setakat ini.
#Breaking First footage of the Ukrainian airplane while on fire falling near #Tehran pic.twitter.com/kGxnBb7f1q
Loading...— Ali Hashem علي هاشم (@alihashem_tv) January 8, 2020
Sementara itu, agensi berita IRNA melaporkan, Jurucakap Pertubuhan Penerbangan Awam Iran, Reza Jafarzadeh, berkata pasukan penyelamat sudah dihantar ke lokasi kemalangan.
Ketua Perkhidmatan Kecemasan Iran, Pirhossein Koulivand, berkata pesawat berkenaan terbakar serta pasukan penyelamat sudah dihantar dan beliau berharap penumpang dapat diselamatkan.
Berdasarkan laporan IRNA, pesawat berkenaan dalam perjalanan ke Kiev, Russia. – Agensi
Leave a Reply