Bukan sekadar blog

Berita Utama

Perlis henti solat jemaah dan Jumaat hingga 29 Mac ini

KUALA LUMPUR – Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail hari ini menitahkan solat jemaah dan solat Jumaat di negeri itu dihenti seketika bermula hari ini hingga 29 Mac depan.

Titah tersebut dikeluarkan setelah mendapat nasihat Kementerian Kesihatan mengenai perkembangan Covid-19 serta menerima panduan dan Irshad daripada Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis.

“Menjunjung titah perintah dan perkenan DYMM Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, setelah menerima pandangan dan nasihat daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai perkembangan Covid-19 semasa pada 15 Mac 2020, serta mendapat panduan dan irshad daripada Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis, sebagai lanjutan Titah Perutusan Beta selaku Yang DiPertua melalui edaran MAIPs 100 – 6 Jld 7 (77) bertarikh 13 Mac 2020, maka Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dengan ini mengambil keputusan berkaitan pengurusan masjid seperti berikut:

“Bersetuju supaya segala aktiviti berkumpulan di masjid termasuk solat jemaah dan solat Jumaat dihentikan seketika. Umat Islam diseru untuk menunaikan solat jemaah di rumah dalam tempoh 14 hari bermula waktu maghrib pada 16 Mac 2020 sehingga waktu isyak 29 Mac 2020,” maklum Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin di laman Facebook miliknya sebentar tadi.

Loading...

Leave a Reply