Bukan sekadar blog

Berita Utama

Penumpang bas ekspress Seremban-Sungai Petani diminta tampil, ada kaitan Covid-19

Pejabat Kesihatan Daerah Kulim meminta penumpang bas ekspress Jasmine yang bertolak dari Seremban ke Sungai Petani pada 16 Mac lalu untuk menghubungi pejabat itu segera.

Walaupun tiada alasan diberikan, pejabat itu berkata ia berkaitan dengan wabak Covid-19.

Dalam hantaran Facebook hari ini, pejabat kesihatan daerah itu berkata bas dengan nombor pendaftaran PLQ9689 itu bertolak dari Seremban jam 8.30 malam, iaitu malam yang sama perintah kawalan pergerakan diumumkan tetapi masih belum berkuat kuasa.

Menurutnya, bas tersebut berhenti di Shah Alam, Ipoh, Kamunting, Bagan Serai, Parit Buntar, Nibong Tebal, Kulim dan Butterworth, sebelum akhirnya tiba di Sungai Petani.

“Mohon semua penumpang yang menaiki bas ini untuk terus hubungi Bilik Gerakan Pejabat Kesihatan Daerah Kulim.

“Kerjasama anda amat kami hargai,” katanya.

Loading...

Leave a Reply