SEORANG penyokong PH tidak berpuas hati dengan tindakan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) kerana merampas durian miliknya yang dijual tanpa lesen di Jalan Sultan Nazrin Shah berhampiran Hentian Limau Tambun, minggu lalu.

Wanita yang dikenali sebagai Bella itu mempertikai saranan pihak MBI supaya membuat permohonan lesen secara sah tetapi diberitahu dia tidak dibenarkan berniaga di lokasi yang sama kerana mengganggu laluan.

“MBI beritahu suruh pergi pejabat mohon lesen sementara. Kami ni balik berniaga lewat pukul 2 pagi sampai rumah. Pagi esok awal pagi dah bangun sampai tak ambil buah nak pergi ke pejabat MBI.

“Tapi, seorang pegawai memberitahu yang mereka tidak akan keluarkan apa-apa lesen untuk peniaga durian di Hentian Limau Tambun. Apa yang korang rasa?.

“MBI datang bawa harapan. Kami yang berniaga datang ke pejabat, boleh pegawai cakap macam tu,” tulisnya di Facebook.

Bagaimanapun, tidak lama selepas itu Bella telah memadam status tersebut selepas identitinya sebagai penyokong PH terbongkar.

Sementara itu di ruangan komen Facebook Bella, netizen memperli wanita itu kerana sudah tersilap memilih kerajaan.

Seorang netizen, Tun Carlos menyarankan agar Bella mencari alternatif lain seperti menjual minyak sawit bagi mencari pendapatan.

Loading...