Bukan sekadar blog

Berita Utama

Pengasuh lalai, kanak-kanak ditemui berjalan seorang diri dalam hujan

Viral di media sosial, video seorang kanak-kanak perempuan ditemui berjalan kaki seorang diri di dalam hujan sehingga menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen.

Menurut seorang lelaki, Harith Rahim, kanak-kanak yang berada dalam kesejukan itu dikatakan keluar dari rumah pengasuh tanpa disedari oleh penjaganya.

Ketika ditemui, kanak-kanak itu kelihatan memanggil-manggil nama ibunya sambil membawa botol susu.

Dalam pada itu, Harith memaklumkan bahawa rumah kanak-kanak itu tidak jauh dari lokasi dia ditemui dan sudah selamat diserahkan kembali kepada kedua-dua ibu bapanya.

Sementara itu di media sosial, netizen berpesan kepada pengasuh dan ibu bapa supaya lebih berhati-hati tentang hal penjagaan anak agar terhindar dari pelbagai kejadian yang tidak diingini.

Loading...

Leave a Reply