KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan tiada jalan lain dan terpaksa memberi bantuan pakej kewangan RM6.23 bilion kepada FELDA kerana peneroka kini dalam keadaan sengsara.
Perdana Menteri berkata, penderitaan dihadapi peneroka FELDA itu berlaku kerana kerajaan dahulu sanggup ‘mencuri’ wang mereka.
“Jika FELDA berjaya menjana keuntungan yang banyak, kerajaan tidak akan menyuntik sebarang dana kepada agensi ini, tetapi malangnya, peneroka FELDA sedang menderita ketika ini kerana kerajaan lalu telah mencuri duit mereka.
“Jadi, kami tiada pilihan lain, selain cuba untuk mengatasi kesusahan yang dihadapi peneroka FELDA,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada terdapat beberapa lagi agensi atau syarikat akan diselamatkan kerajaan menerusi suntikan dana, selepas FELDA dan Tabung Haji (TH).
Terdahulu, ketika membentangkan Kertas Putih FELDA di Dewan Rakyat, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata kerajaan akan memberi bantuan kewangan RM6.23 bilion dalam bentuk geran, pinjaman dan jaminan kerajaan secara berperingkat mengikut keperluan bagi melaksanakan pelbagai inisiatif untuk membantu FELDA.
Aspalela Ayub
Haha..tiada alasan lain….dah muak dengar
Dah setahun..masih tak boleh move..yg sengsara rakyat..yg kaya lebih kaya..yg miskin bertambah miskin