Bukan sekadar blog

Berita Utama

Pemuda PAN cadang bantuan bulanan RM1,500 setiap keluarga

Pemuda PAN mencadangkan kerajaan mempertimbang pemberian wang tunai RM1,500 secara bulanan kepada setiap keluarga sepanjang krisis Covid-19.

Timbalan ketuanya Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, ia bagi membantu rakyat membeli barangan keperluan sepanjang tempoh krisis, selain memberi kebaikan kepada ekonomi negara dalam jangka masa panjang.

“Benar, ia (pakej ransangan RM1,500 sebulan kepada keluarga) akan mengakibatkan perbelanjaan negara defisit.

“Namun dalam keadaan sekarang, langkah suntikan dana terus ke tangan rakyat adalah baik untuk ekonomi jangka panjang dan juga dapat menampung cabaran kehidupan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu, Shazni turut mencadangkan agar gaji menteri dan timbalan menteri dipotong 50 peratus untuk dimasukkan ke dalam Tabung Covid-19.

“Ini sebagai komitmen yang tidak berbelah-bahagi para menteri dan timbalan menteri untuk bersama-sama empati terhadap kesusahan rakyat,” katanya lagi.

Loading...

Leave a Reply