Ku Lihat Langit Biru

Bukan sekadar blog

Politik

Pemimpin DAP rasa tentera tidak sepatutnya dikerah

KUALA LUMPUR – Pemimpin tertinggi pusat DAP (CEC), Ronnie Liu seolah-olah tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan mengerah Angkatan Tentera Awam (ATM) untuk membantu melicinkan proses Perintah Kawalan Pergerakan.

Ronnie yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sg Pelek mendakwa itu bukan satu langkah baik.

“Menghantar tentera utk membantu kawalan pergerakan?

“Ini bukan langkah yg baik. Semoga kerajaan terus percaya kepada pasukan polis,” tulisnya dalam Facebook hari ini.

ronnieSebelum ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merayu supaya arahan dipatuhi agar dapat mencegah penularan wabak Covid-19.

Perintah kawalan itu dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan kerajaan akan menggerakkan tentera bermula Ahad ini dalam usaha mengurangkan pergerakan rakyat, namun ia bukanlah satu perintah darurat. – MalaysiaGazette

Loading...

Leave a Reply

Theme by Anders Norén