Bukan sekadar blog

Berita Utama

Pemandu wanita ditampar gara-gara tidak bagi signal

Viral di media sosial video seorang penunggang motosikal memarahi dan menampar muka pemandu wanita sehingga mencetuskan pelbagai reaksi netizen.

Dalam kejadian yang dipercayai berlaku di ibu kota itu, penunggang motosikal terbabit dipercayai berang dengan wanita terbabit kerana tidak memberi insyarat ketika mahu membelok.

Menerusi video berdurasi 34 saat itu, lelaki itu menjatuhkan motosikalnya dan terus memarahi mangsa.

Seorang lelaki yang menyaksikan kejadian itu segera datang menghalangnya dari bertindak kasar, malangnya terlambat apabila penunggang motosikal itu sempat menampar muka mangsa sebanyak dua kali.

Loading...

Keadaan menjadi kecoh, beberapa orang awam tampil membantu meleraikan kejadian itu dari menjadi semakin buruk.

Meskipun sudah dihalang, lelaki itu masih tidak berpuas hati dan menengking mangsa.

Loading...

Leave a Reply