Ku Lihat Langit Biru

Bukan sekadar blog

Tragedi

Pelajar tak sempat ke majlis konvo, maut dalam dakapan mak ayah

SUASANA pilu di lokasi kemalangan di Jalan Seremban-Kuala Pilah, berhampiran Kompleks Belia dan Sukan Paroi di Seremban, apabila seorang pelajar GiatMARA meninggal dunia di pangkuan bapa dan ibunya akibat kemalangan, hari ini.

Mangsa, Muhammad Firdaus Abdul Rahem, 20, bersama bapa Abdul Rahem, 65, dan ibu, Homaidah Abdul Manaf, 60, dalam perjalanan menghadiri konvokesyen di kompleks berkenaan sebelum terbabit kemalangan dengan sebuah motosikal.

Dalam kejadian 7.10 pagi itu, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan pada rusuk kiri.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Sembilan, Superintendan Ibrahim Mohd Abdul Kadir berkata, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan pada rusuk kiri.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila kereta dipandu Abdul Rahem dari arah Seremban menghala ke Paroi membelok ke kanan untuk masuk ke Kompleks Belia dan Sukan.

“Pada masa sama, sebuah motosikal Kawasaki ZR800 ditunggang Kamaruzaman Ismail, 36, yang datang dari arah bertentangan tidak sempat mengelak lalu merempuh pintu hadapan bahagian penumpang,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ibrahim berkata, kemalangan itu mengakibatkan mangsa yang duduk di bahagian penumpang hadapan maut, manakala penunggang motosikal parah di kepala dan badan.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Loading...

Leave a Reply

Theme by Anders Norén