Ku Lihat Langit Biru

Bukan sekadar blog

Berita Utama

Pegawai, penguatkuasa JPJ sudah lama makan rasuah – Anthony Loke

KULAI – Kementerian Pengangkutan maklum mengenai gejala rasuah dalam kalangan anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sudah lama, namun tiada bukti untuk mensabitkan kesalahan mereka.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, kerajaan Pakatan Harapan (PH) memang tegas dalam membersihkan pentadbiran bukan sahaja melibatkan menteri kabinet sahaja tetapi semua peringkat termasuk penguat kuasa.

“Mana-mana penjawat awam terutamanya pegawai JPJ yang terlibat dengan unsur-unsur rasuah, kita mengalu-alukan tindakan tegas dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Memang kita tahu amalan (rasuah) ini sudah lama kedengaran, ada pegawai penguat kuasa yang melindungi pengusaha lori dan sebagainya.

“Memang cerita-cerita seperti ini sudah lama kedengaran tetapi untuk mendapatkan bukti, menguatkuasakan (undang-undang), memang ini memerlukan siasatan dan perancangan rapi dari SPRM) dan kita yakin dengan keupayaan SPRM untuk buat siasatan dan tangkapan,” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Stesen FedEx Johor, di sini hari ini. – Bernama

Loading...

Leave a Reply

Theme by Anders Norén