Bukan sekadar blog

Politik

PAS jangan guna hukum Islam untuk kepentingan politik

IPOH – PAN Perak menyifatkan pendirian Dewan Ulamak Pas yang meletakkan hukum wajib menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebagai sesuatu yang tidak sihat.

Pengerusinya, Asmuni Awi berkata, keadaan itu jelas menunjukkan bagaimana dengan sewenang-wenangnya agama digunakan untuk kepentingan politik.

Menurutnya, berbeza dengan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang meletakkan ia sebagai satu kebajikan dalam usaha menjatuhkan Barisan Nasional (BN) dan UMNO dalam Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

“Inilah masalah yang ada pada Pas, mereka bermain dengan hukum dan doktrin ini dibawa kepada pengikut-pengikutnya. Asalkan yang bercakap itu ada janggut dan berserban, maka dikatakan ia satu perintah yang perlu diikut.

“Pada saya ia satu perkara yang tidak sihat kerana menggunakan agama untuk kepentingan politik,” katanya ketika ditemui sempena Rumah Terbuka Aidilfitri PAN Perak hari ini.

Dalam ucapan penggulungan Muktamar Tahunan Pas Pusat ke-65 baru-baru ini, Ketua Dewan Ulamak Pas, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh dilapor berkata, bahawa Pas berdepan dengan PH dan hukumnya adalah wajib menjatuhkan kerajaan sedia ada ketika ini.

Mengulas mengenai penggabungan UMNO dan Pas, Asmuni yang juga Exco Kerajaan negeri berkata, ia bukan satu usaha yang baharu digerakkan oleh parti itu.

Bagaimanapun pihaknya bimbang sekiranya penyatuan itu bakal menyuburkan budaya takfiri dan sikap ektremis yang tidak menghormati perbezaan pendapat dan mematikan sikap toleransi.

“Jangan berbaik di sana, pecahkan pula di sini, mereka katakan tujuan berbaik ini untuk penyatuan ummah, ummah dalam konteks Malaysia adalah semua orang termasuk yang bukan UMNO dan bukan Pas,” katanya.

Loading...

Leave a Reply