Ramai antara kita sudah tentu biasa menyimpan lebihan nasi, yang kemudian dipanaskan semula bila diperlukan.
Namun tindakan tersebut menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebenarnya boleh mengakibatkan keracunan makanan.
“Ia bukan kerana pemanasan semula nasi itu tapi cara kita menyimpan nasi itu sebelum dipanaskan,” catat KKMPutrajaya di Twitter.
“Nasi yang ditinggalkan dalam suhu bilik lebih empat jam menyebabkan spora yang ada dalam nasi itu aktif semula. Dan ini menyebabkan pembiakan bakteria bacilus cereus sehingga menghasilkan toksin beracun.”
Sebab itu tegas agensi kerajaan berkenaan, penyimpanan makanan mesti dititikberatkan.
Bagi memastikan sesebuah makanan bebas dan selamat, ia perlu disimpan dalam keadaan tertutup dalam peti sejuk.
Dikongsi hampir 5,000 warga maya, hantaran KKM mencetuskan pelbagai pertanyaan, hingga ada mempersoal kebenarannya ekoran belum ada yang maut kerana nasi dipanaskan semula.
Ada antara pengguna turut meminta KKM melampirkan jurnal penyelidikan yang menyokong kenyataan mengejut tersebut.
Leave a Reply