Ku Lihat Langit Biru

Bukan sekadar blog

Berita Utama

Padam sudah cahaya ummah, terima kasih tiga beradik tokoh ulama!

Tiga tahun lalu, negara dikejutkan dengan pemergian dua orang tokoh ulama terkenal yang juga adik-beradik, Datuk Dr. Ustaz Haron Din dan Ustaz Ishak Din akibat komplikasi jantung.

Hari ini, seorang lagi saudara mereka, Datuk Haji Abu Hassan Din telah kembali ke ramatullah selepas terjatuh semasa mahu memakai seluar untuk menunaikan solat Subuh.

Al-Fatihah…

Pemergian Ustaz Abu Hassan Din bukan sahaja ‘ditangisi’ rakan-rakan pendakwah, malah pemimpin negara dan netizen turut berkongsi kesedihan masing-masing.

Ia disifatkan sebagai satu kehilangan besar kepada institusi agama di Malaysia.

Tiga beradik tinggalkan dunia yang fana…

Terdahulu, abang kepada allahyarham Datuk Seri Abu Hassan Din iaitu Datuk Seri Dr. Haron Din dan Ustaz Ishak Din meninggal dunia pada 2016.

Pemergian ketiga-tiga pendakwah ini menandakan berkahirnya satu legasi yang sangat berjasa dalam mendidik masyarakat ke arah jalan yang diredhai Allah.

Perkara ini turut diakui oleh seorang pengguna laman sosial, yang telah mencoretkan nukilan buat ketiga tokoh ulama ini.

Damailah di sana, terima kasih atas ilmu ini…

Al-Fatihah…

1. Tuan Guru Haji Ishak Din
2. Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din
3. Tuan Guru Dato’ Seri Abu Hassan Din al Hafiz

Sumber: Tengku Yusuff

Leave a Reply

Theme by Anders Norén