Ku Lihat Langit Biru

Bukan sekadar blog

Politik

Osman Sapian letak jawatan MB Johor

KUALA LUMPUR – Datuk Osman Sapian telah meletak jawatan sebagai Menteri Besar Johor, berkuat kuasa semalam.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas itu telah menyerahkan surat peletakkan jawatan itu kepadanya semalam.

“Beliau telah meletak jawatan semalam dengan menyerahkan surat kepada saya dan Sultan Johor, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

“Mengenai siapa penggantinya, kita belum tentukan tetapi mengikut perjanjian Pakatan Harapan (PH) Menteri Besar Johor hendaklah terdiri daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu),” katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen, hari ini.

Jelas Dr. Mahathir, Osman walau bagaimanapun tidak menjelaskan sebab beliau berbuat demikian namun pihaknya menerima keputusan tersebut.

“Kita tidak ingin menyatakan kenapa beliau meletak jawatan tapi Osman telah letak jawatan. Tiada alasan diberikan, beliau ingin letak jawatan, kami terima,” katanya.

Kata beliau, buat masa ini terdapat beberapa calon dalam senarai sebagai pengganti Osman.

“Kita ada tiga empat (calon),” katanya.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén