Bukan sekadar blog

Info

Nyaris rugi RM2,000 beg tangan tertinggal dalam troli pasaraya

SEORANG wanita nyaris kerugian RM2,000 selepas beg tangannya tertinggal di dalam troli pasaraya Tesco Stargate, Alor Setar semalam.

Menurut Fatin Lyana, dalam kejadian 10.30 malam itu, dia pergi ke pasaraya berkenaan untuk membeli barang dapur tetapi sampai sedikit terlewat.

“Lepas itu saya bergegas ke Tesco Mergong sebab waktu operasinya lebih lama. Sebaik sahaja sampai di sana, barulah saya perasan yang beg tangan tertinggal di dalam troli di Tesco Stargate.

“Saya tak dapat bayangkan perasaan ketika itu kerana sebelum itu saya baru sahaja keluarkan duit berjumlah RM2,000,” katanya.

Fatin Lyana kemudiannya memecut keretanya untuk ke Tesco Stargate semula sambil berdoa agar begnya masih ada di sana.

“Masa dalam perjalanan tu baca doa macam-macam. Bila sampai di sana jam 10.50 jam 10.50 malam, saya nampak seorang pekerja Melayu sedang mengemas troli.

“Saya terus menerpa tanya kat dia nampak beg saya tak. Dia kata ada, warna hitam ya. Dia baru nak pergi hantar kat customer service,” katanya.

Tambah Fatin Lyana, dia bersyukur kerana berjaya mendapatkan kembali beg tangannya.

“Alhamdulillah. Rasa macam nak menangis. Ada lagi manusia jujur macam ini sekarang. Ingatkan dah pupus dah. Sebab selalu jumpa yang jenis tamak dengan harta dunia sahaja.

“Ya Allah, Kau jadikanlah dia kaya dunia dan akhirat sebab hati dia bersih. Kalau abang ini minta kerja, terimalah dia sebab dia seorang yang jujur,” katanya.

Berikutan itu, netizen memuji pekerja Tesco Stargate itu dan mahu dia diberikan ganjaran dia atas kejujurannya.

Loading...

Leave a Reply