Ku Lihat Langit Biru

Bukan sekadar blog

Berita Utama

Norway bakal tarik keluar pelaburan RM7.8 bilion di Malaysia

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa Malaysia bakal mengalami pengaliran keluar pelaburan asing sebanyak AS$1.9 bilion (RM7.8 bilion) dari Tabung Amanah Norway tidak lama lagi.

Katanya, ia susulan pengumuman negara tersebut bahawa mereka tidak akan melabur dalam bon dan sukuk Malaysia lagi.

“Tabung milik kerajaan Norway ini mempunyai dana mencecah AS$1 trilion (RM4.1 trilion) dan merupakan pelabur terbesar di dunia. Ini adalah pengumuman mengejut kerana mereka sudah berpuluh tahun melabur di sini semasa BN menjadi kerajaan,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Menurutnya, berdasarkan anggaran kasar, pelaburan asing sebanyak RM55 bilion telah ditarik keluar dari pasaran ekuiti dan pasaran bon Malaysia sejak PH menang pada PRU14.

“Tapi tak apa, negara masih ada banyak lagi aset negara yang dibina masa BN untuk dilelong oleh PH,” sindirnya.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén