Ku Lihat Langit Biru

Bukan sekadar blog

Politik

Negeri Sembilan tidak akan aman jika diberi kepada UMNO-Pas, kata Anwar

SEREMBAN – Pengundi Rantau khususnya masyarakat India diminta membuat keputusan sama ada mahu negeri ini aman di bawah kepimpinan Pakatan Harapan atau hancur sekiranya diserahkan kepada UMNO-Pas kali ini.

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pengundi di Rantau tidak boleh mengambil ringan Pilihan Raya Kecil yang akan berlangsung pada 13 April ini.

Menurutnya, Negeri Sembilan tidak akan kekal aman jika ia diserahkan kepada UMNO-Pas.

“Sekarang saya mahu satu janji daripada anda semua di depan Streram. Achi (Makcik) kena ingat, mesti sokong (Streram) lawan Tok Mad bercampur sama Pas, dia kata hidup Melayu.

“Dalam PH kita ada PKR, DAP, Bersatu (PPBM) dan Amanah ada. Kita Melayu, India, Cina, Kadazan dan Iban semua bersatu padu. Kalau kita beri negeri ini kepada UMNO-Pas tidak aman.

“Kalau mereka pakat, kita nak pergi mana.. India nak letak mana, Cina nak letak mana?” soal beliau ke arah hampir 300 penduduk India yang berkumpul dalam Malam Kebudayaan India di Taman Angsamas, sempena Kempen PRK Dun Rantau malam tadi.

Ahli Parlimen Port Dickson itu juga meminta pengundi India berjanji untuk menyatakan sokongan yang teguh kepada calon PH yang diletakkan Pakatan Harapan iaitu Dr. S. Streram yang turut hadir memeriahkan majlis tersebut.

Beliau juga menegaskan negeri akan aman dan maju sekiranya semua kaum Melayu, Cina India bersama-sama dibangunkan.

“Kalau kita jaga Melahyu, Cina dan India baru negeri ini selamat.. PRK Rantau ini memang PRK kecil, kakau tak jaga kasi Tok Mad menang dia bergabung dengan Pas.

“Di sini apa yang penting ketiga-tiga kaum semua membangun saksama tanpa ada ‘first class dan second class,” katanya lagi.

Anwar pada masa yang sama mengakui negeri berkenaan yang sebenarnya kaya dengan sumber asli, pertanian dan perindustrian menjadi miskin disebabkan penyelewengan, rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan terdahulu.

“Ini Negeri Sembilan kaya. Balak ada, biji timah ada, getah ada, minyak ada, gas ada , juga kelapa sawit, tetapi negeri miskin apa pasal? Semuanya dicuri so mana cukup.

“Jadi hairan sekiranya terdapat pengundi (masyarakt India) nak sokong UMNO-Pas.. baru 10 bulan PH jadi kerajaan jangan patah balik,” tegasnya lagi.- MalaysiaGazette

Loading...

Leave a Reply

Theme by Anders Norén