Bukan sekadar blog

Featured

Natizen Maki Berjemaah diruangan komen Astro Awani

Natizen meluahkan rasa tidak puas hati diruangan komen berkaitan artikel yang diterbitkan oleh astro awani semalam yang mana berkaitan isu pinjaman RM10 ribu di BSN yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini berkaitan banjir.

 

Pelbagai sindiran dan cacian diluahkan apabila hujahan pengeluaran RM10 ribu wang dari KWSP yang mana dinantikan hampir 4 bulan lalu oleh rakyat yang berkeperluan hari ini.

 

Sebelum ini, kerajaan dan KWSP telah membenarkan pengeluaran i-Sinar, i-Lestari dan juga i-Citra dimana jumlahnya RM15 ribu keseluruhan.

 

Data yang dikeluarkan oleh KWSP juga menyatakan simpanan hari tua atau persaraan terkini pencarum yang ada 50 peratus daripadanya kurang RM10 ribu dalam simpanan hari ini.

 

Ianya akan memberi kesan kepada pencarum jika diteruskan pengeluaran RM 10 ribu kali ini kerana rata-ratanya mempunyai simpanan yang kurang dan memakan masa yang lama bagi memulihkanya kembali.

 

Namum natizen tidak menghiraukan perkara itu semua kerana disaat dan ketika ini mereka sangat memerlukan pengeluaran tersebut bagi kelangsungan hidup dan juga pembiayaan hutang serta utiliti yang tertunggak sebelum ini.

 

Perkara itu menyebabkan amarah natizen memuncak dengan pelbagai cacian dan makian diluahkan dalam ruangan komen tersebut. Perkara ini mungkin memberi kesan kepada parti kerajaan sedia ada untuk meneruskan kelangsungan pemerintahan selepas PRU 15 nanti.

Loading...

Leave a Reply