Bukan sekadar blog

Berita Utama

Nasi Kandar Beratur diarah tutup 14 hari kerana kotor

Ini pastinya berita yang tidak menggembirakan buat peminat nasi kandar di Pulau Pinang.

Sebuah restoran nasi kandar terkenal di Jalan Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang diarah tutup selama 14 hari kerana kotor.

Hasil pemeriksaan yang dijalankan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), mereka telah menemui najis, air kencing tikus dan lipas di dapur restoran.

Malah ketika pemeriksaan dilakukan, beberapa tikus turut dilihat berkeliaran di kawasan tersebut.

Berdasarkan maklumat di media sosial, restoran tersebut adalah Restoran Nasi Kandar Beratur yang sememangnya terkenal dalam kalangan peminat nasi kandar dari dalam dan luar negeri.

Pembeli sanggup beratur sehingga lewat malam untuk mendapatkan nasi kandar di sini.

Pegawai Kesihatan Persekitaran Bahagian Pelesenan MBPP, M Bawani berkata, restoran tersebut perlu membersihkan premis mereka dalam tempoh yang ditetapkan sebelum dibenarkan beroperasi semula.

Loading...

Leave a Reply