Bukan sekadar blog

Berita Utama

‘Naruto’ jual penganang setiap kali Ramadan

KUALA TERENGGANU – Kelainan yang ditonjolkan peniaga dengan memakai kostum karakter komik bersiri Jepun Naruto di gerai jualan kuih penganang di Jalan Bukit Bayas di Kampung Gelung Bilal di sini, menarik perhatian ramai.

Roslan Mustaffa, 50, berkata, idea memakai kostum itu ketika berniaga diberikan anak sulungnya, Zarul Iqwan, 24, dan rancangan awalnya hanya membuat kelainan ketika berniaga sepanjang Ramadan.

Katanya, selepas percubaan awal menarik perhatian pelanggan menyebabkan mereka meneruskan kaedah berkenaan untuk mempromosi gerai kuih peganang yang diusahakannya sejak 23 tahun lalu sambil memperagakan beberapa kostum.

“Saya dan empat pekerja termasuk anak memakai kostum itu dan dalam usaha membeli kostum lain sebagai tambahan bagi kegunaan semua pekerja Ramadan nanti.

“Buat masa ini, saya mempunyai lima pekerja termasuk anak, tetapi setiap kali Ramadan bilangan pekerja bertambah hingga 12 orang dan ketika itu saya akan memberi mereka kostum ini untuk dipakai setiap hari.

“Kini hanya hari Sabtu saja mereka memperagakan kostum berkenaan kerana kelengkapan belum mencukupi,” katanya.

Menurutnya, dia membelanjakan RM1,000 untuk beberapa kostum itu dan harganya agak mahal sekiranya dibeli dengan lengkap.

Katanya, harga satu set kostum RM500, tetapi dia hanya membeli baju dan keperluan tertentu saja bernilai RM100 hingga RM200 setiap pasang.

“Saya tidak menyangka cubaan menggunakan kostum karakter komik popular itu mendapat perhatian hingga tular di media sosial dan mendapat komen positif.

“Dengan memperagakan kostum ini, setidak-tidaknya dapat menarik perhatian kanak-kanak dan golongan dewasa membeli kuih di gerai kami.

“Ramai pelanggan mengakui sebelum ini mereka hanya dapat melihat kostum begitu dalam komik dan siri animasi Jepun, tetapi selepas dipakai anak dan pekerjanya menyebabkan ada antara mereka mengambil kesempatan untuk bergambar,” katanya yang mampu menjual 200 kuih penganang setiap hari.

Loading...

Leave a Reply