Bukan sekadar blog

Berita Utama

‘Nak pakai baju hitam, nak telanjang pun kita peduli apa’ – Chef Wan

KUALA LUMPUR – “Depa nak pakai baju hitam ke nak telanjang bogel pun kita peduli apa?

Kata-kata itu dilemparkan tukang masak terkenal Chef Wan dalam Instagramnya yang mengkritik segelintir pihak yang memakai pakaian berwarna hitam sebagai simbol protes ulang tahun pertama kemenangan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya ke-14 hari ini.

Chef Wan atau nama sebenarnya, Datuk Redzuan Ismail juga meminta pengikut di Instagramnya agar tidak mempedulikan golongan berkenaan kerana menurut beliau di akhirat nanti, semua orang akan dihukum sendiri oleh Allah.

Dalam hantaran itu, Chef Wan turut berkongsi gambar Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad dengan kapsyen ‘He is not perfect but he is limted edition. He is Tun Mahathir.

“Hee hee. Nak cakap apa sekalipun dia adalah wira Malaysia. Selamatkan negara daripada muflis.

“Ya, kita mungkin tidak mempunyai kerajaan yang sempurna untuk memulihkan ekonomi dengan segera selepas apa yang dilakukan dalam pemerintahan UMNO.

“Tetapi itu adalah lebih baik daripada mempunyai kerajaan yang korup yang mencuri daripada rakyat dan memberi malu kepada orang Melayu, agama dan negara,” kata Chef Wan.

Loading...

Chef Wan juga berkata, cukuplah apa yang berlaku dan meminta masyarakat untuk bersatu padu dan membina Malaysia baru dan negara sekaligus menebus maruah diri.

Chef Wan sebelum ini mencetuskan kontorversi selepas mengeluarkan kenyataan mahu menampar muka bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika hadir berkempen untuk Pakatan Harapan di Felda Sungai Koyan 1 di Jelai ketika Pilihan Raya Kecil Cameron Highland lalu.

Tindakan Chef Wan itu menimbulkan kemarahan banyak pihak sehingga Facebook Go Shop di mana dia menjadi duta turut diserang oleh netizen.

Chef Wan bagaimanapun kemudiannya membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Najib.-UTUSAN ONLINE

Loading...

Leave a Reply