Bukan sekadar blog

Info

Berharga RM161,405 dan ada perlindungan insurans, najis ini diiktiraf paling bernilai di dunia

Llyods Bank Turd.

Ya, inilah nama bagi sebuah najis milik manusia dari bangsa Viking yang ditemui ketika kerja-kerja pengalian di tapak bank Llyods pada tahun 1972 di kota York, United Kingdom.

Diberi gelaran ‘precious as the crown jewels’

Najis ini ditemui dalam keadaan yang masih utuh dan dibawa oleh ahli arkeologi untuk dikaji dengan lebih mendalam.

Pakar paleoscatologi (bidang ilmu mengkaji kotoran/najis), Dr. Andrew Jones menggelarkan najis ini sebagai ‘precious as the crown jewels’.

Kenapa ianya terlalu bernilai kepada mereka?

Kerana harga najis ini mencecah sehingga USD39,000 (RM161,405) dan ia ada perlindungan insurans sendiri. Baik, najis yang ada insurans.

Sudah berusia 1,200 tahun

Ahli arkeologi mendakwa, najis ini ‘diciptakan’ oleh seorang lelaki Viking pada abad ke-9 Masehi.

Di kawasan York ini, sejarawan meyakini dengan kewujudan kota atau penempatan milik bangsa Viking dari tanah Denmark pada sekitar tahun 866 M sehingga 954 M. Makanya, najis ini sudah berumur sekitar 1,200 tahun.

Loading...

Pakar paleoscatologi pula mengatakan isi kandungan di dalam najis ini terdiri daripada bahan buangan terpadu diantara roti dan daging.

Selain itu, mereka menemui telur milik Whipworm dan Maw-worm di dalam najis tersebut lalu menyifatkan ‘pencipta’ tersebut mempunyai masalah penghadaman.

Dengan penemuan najis ini, ia bukan sahaja menjadi sebagai sebuah fosil berharga Eropah, tetapi ia juga menunjukkan bagaimana diet pemakanan bangsa Viking di York pada zaman dahulu.

Pernah terpecah kepada tiga bahagian

Najis yang berukuran 20 cm panjang dan 5 cm lebar ini pernah terpecah kepada tiga bahagian apabila ia secara tidak sengaja dijatuhkan oleh seorang pengunjung pada tahun 2003.

Pihak muzium tidak menyaman malahan mereka menyelesaikan masalah ini dengan melekat kembali bahagian najis ini dengan menggunakan gam sahaja.

Sekarang, najis ini masih dipertontonkan kepada umum di Jorvik Viking Centre, kota York, United Kingdom.

Siapa cakap najis manusia tidak bernilai? Tarafnya diangkat setara mahkota permata. Najis kau? Jadi baja untuk bumi. Memang najis betul penulisan kali ini.

Sumber: Atlas Obscura, Lloyds Bank Coprolite.

Loading...

Leave a Reply