Ku Lihat Langit Biru

Bukan sekadar blog

Politik

Najib sendiri pun tak tunai janji PRU, kata Syed Hamid

Bekas perdana menteri Najib Razak sendiri tidak menunaikan kebanyakan janjinya dalam manifesto BN pada PRU13, kata bekas menteri, Syed Hamid Albar.

“Daripada lebih 60 janji yang diberi oleh Najib dalam manifesto BN pada PRU13 hanya 21 dilaksanakan,” katanya pada suatu majlis forum di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) hari ini.

Syed Hamid yang kini menganggotai PPBM, menjawab Naib Presiden MCA, Ti Lian Ker, salah seorang ahli panel forum “PRU14 dan sejak itu: Analisis dan perspektif”, berkata PH tidak menunaikan janji manifesto PRU14.

Seterusnya, Syed Hamid juga berkongsi pengalamannya yang pernah menjadi MP Kota Tinggi mewakili Umno selama selama lima penggal.

“Ketika saya bertanding dalam PRU pada kali pertama, ada seorang warga emas datang berjumpa saya. Dia memberitahu saya supaya jangan sesekali membuat janji.

“Kalau pengundi tanya sesuatu, kamu jangan janji. Bagitahu saja kamu akan mempertimbangkan,” katanya.

Bagaimanapun, Hamid Albar yang menjadi moderator forum menjelaskan cukup penting parti pemerintah melaksanakan janji dalam manifesto demi memenuhi keyakinan pengundi.

“Saya ingat kamu sedang berceramah di kempen PRU,” kata Hamid Albar secara berseloroh kepada Ti.

Terdahulu, pemimpin MCA itu berkata rakyat bukan bodoh dan sedang memerhatikan kerajaan PH.

“Saya ingin tekan di sini bahawa rakyat sedang memerhatikan kerajaan dan mereka bukan bodoh.

“Yang pertama, saya sendiri percaya perlunya ada satu perubahan di mana khususnya kepada beberapa pemimpin Umno yang sentiasa menyemarakkan sentimen perkauman. Tapi, apakah perubahan dan manifesto dijanji oleh PH?” Soalnya.

Ti juga mendakwa masyarakat Cina secara khususnya tidak berpuas hati dengan janji pilihan raya kerajaan tempatan dan pengiktirafan sijil UEC.

“Dulu mereka (DAP) memberi satu gambaran bahawa MCA budak suruhan Umno sehingga 93 peratus pengundi Cina sokong PH.

“Tapi, hari ini MCA masih ada. Tapi, DAP sudah ‘tak ada’. Orang panggil mereka sebagai ‘parti diam-diam’,” katanya lagi.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén