Bukan sekadar blog

Berita Utama

‘Najib pasti senasib dengan Anwar’

KUALA LUMPUR ― Datuk Seri Najib Razak akan dipenjarakan seperti nasib Datuk Seri Anwar pada 1998, dakwa Umno, sebagai “membalas dendam”.

Bekas perdana menteri itu berdepan kes rasuah dan pecah amanah anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM42 juta.

“Sebagai mana Anwar diperlakukan…, begitu jugalah Najib akan dipastikan bersalah dan dihumban ke penjara,” kata parti itu dalam satu kenyataan.

“Inilah sebenarnya keutamaan Pakatan Harapan (PH) melaksanakan politik balas dendam.”

Unit komunikasi strategik parti itu mendakwa wang jaminan RM1 juta bagi kes Najib itu dan pembekuan akaun keluarga sebahagian dendam tersebut.

“[…] mereka mengenakan ikat jamin sejuta ringgit dengan harapan bekas perdana menteri itu gagal melunaskannya dan dipenjarakan,” katanya.

“[Tindakan] ini adalah perbuatan keterlaluan dan tidak berperikemanusiaan. Ini politik dendam kesumat.”

Selepas berselisih dengan Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1998, Anwar dipenjara enam tahun atas tuduhan salah guna kuasa pada April 1999.

Loading...

Bekas timbalannya itu bagaimanapun tidak dibenarkan ikat jamin sejak ditahan selepas menganjurkan demonstrasi besar pada September 1998.

Anwar juga dihukum penjara sembilan tahun atas kesalahan meliwat pada 2000.

Umno turut mendakwa PH “mencari alasan mengaburi mata rakyat” daripada menunaikan manifestonya tetapi Barisan Nasional berjaya mengotakannya.

“Kerajaan BN pimpinan Najib berjaya mengotakan 99.4 peratus akujanji dalam manifesto pilihan raya umum ke-13…,” kata Umno lagi.

Ia juga membidas sikap PH yang “berdolak-dalik”, “dungu” dan “gelojoh kuasa” apabiila mengubah keputusan selepas membatalkan beberapa projek besar.

Projek itu termasuk landasan keretapi laju ke Singapura, Transit Aliran Ringan (LRT3) dan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) atas alasan kos tinggi.

Dakwa Umno lagi, kerajaan PH akur dengan kepentingan projek-projek berkenaan tetapi keberatan meneruskannya kerana ia dicetuskan oleh BN.

“Pendekatan mereka tidak lebih seperti budak sekolah rendah… Malu untuk mengakui projek BN itu bagus dan masih dalam kepompong pembangkang,” katanya.

Loading...

Leave a Reply