Ku Lihat Langit Biru

Bukan sekadar blog

Berita Utama

Naikkan tarif air, rakyat perlu kasihan kepada kerajaan – Menteri

KUALA LUMPUR – Rakyat perlu melihat keputusan menaikkan tarif air sebagai satu tanggungjawab dan mereka wajar menunjukkan rasa belas kasihan kepada kerajaan.

Menteri Tanah, Air dan Sumber Asli, Dr. Xavier Jayakumar berkata ini kerana kos utiliti air yang ditanggung kini adalah sangat tinggi dan semua itu menggunakan peruntukan kerajaan.

Tegas beliau, walaupun begitu, caj tarif air Malaysia masih merupakan antara yang paling terendah di rantau Asia Tenggara.

“Tadi saya kata untuk bina utiliti ini kita belanja hampir RM900 juta tetapi kita bina guna peruntukan kerajaan untuk kebaikan penduduk.

“Kita memberi subsidi pada amaun yang cukup besar bagi memastikan harga rendah, harga tidak boleh rendah selama-lamanya kerana berlaku perubahan ekonomi dan nilai ringgit sudah turun,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melakukan lawatan kerja rasmi ke Loji Rawatan Kumbahan Serantau 2 di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Theme by Anders Norén