Ku Lihat Langit Biru

Bukan sekadar blog

Berita Utama

Murid hilang di Kuala Besut berjaya ditemui di selatan Thai

KUALA BESUT – Seorang murid tahun tiga yang dipercayai hilang selepas keluar dari rumahnya untuk membeli sarapan pagi di sebuah kedai yang terletak di depan rumah mangsa di Kampung Gertak Seratus, di sini dua hari lepas, berjaya ditemui hari ini.

Menurut sumber, Saiful Aiman Mohamad, 9, ditemui dalam keadaan selamat di selatan Thailand.

Dalam kejadian itu, mangsa yang dikatakan tidak hadir ke sekolah dan berseorangan di rumah telah keluar untuk membeli sarapan kira-kira pukul 9 pagi manakala ibunya Siti Ruziana Sidek, 35, keluar bekerja di tempat memproses ikan di Kampung Pachakan tidak jauh dari situ.

Siti Ruziana yang pulang ke rumah kira-kira pukul 4.30 petang mendapati Aiman tiada di rumah dan pada awalnya tidak mengesyaki apa-apa perkara buruk berlaku.

Bagaimanapun, ibu mangsa mulai risau dan cemas kira-kira pukul 7 malam apabila anaknya itu masih belum pulang.

Siti Ruziana yang kematian suami sejak tiga tahun lalu itu kemudian bersama beberapa ahli keluarga dan jiran telah berusaha mencari di kawasan sekitar namun gagal sebelum membuat laporan polis kira-kira pukul 11 malam semalam.

Difahamkan, balu itu diberitahu bahawa mangsa yang merupakan anak ketiga daripada empat beradik itu dilihat menaiki kereta sewa bersama seorang wanita warga Thailand yang bekerja di Kuala Besut menghala ke Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén