Bukan sekadar blog

Berita Utama

Mukhriz mohon maaf kepada Sultan Johor

MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sudah mengutuskan surat kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hari ini, bagi memohon ampun dan maaf.

Setiausaha Akhbar Menteri Besar itu, Mohd Fisol Jaafar berkata, surat itu diutuskan bagi memohon maaf atas kekhilafan beliau tidak bersalaman dengan baginda di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang semalam.

Menurutnya, Menteri Besar Kedah menyembah maklum kepada baginda bahawa kekhilafan itu adalah kerana kealpaan beliau sendiri dan tidak menggambarkan sifat sopan santun rakyat Kedah Darul Aman.

Semalam, video berdurasi 13 saat itu yang menunjukkan Mukhriz tidak bersalaman dengan Sultan Ibrahim dan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim ketika hadir di Balairung Seri, Istana Abu Bakar untuk memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Mustain Billah.

Malah, netizen kemudian mengecam tindakan beliau yang tidak bersalaman dengan Sultan Ibrahim.

Loading...

Leave a Reply