Bukan sekadar blog

Berita Utama

Muhammad Sajjad kecewa produk bengkungnya diciplak

KUALA LUMPUR – Usahawan kosmetik Nur Sajat atau Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman mendakwa rugi hampir ratusan ribu ringgit selepas produk bengkungnya diciplak oleh individu tidak bertanggungjawab.

Muhammad Sajjad, 33, mendakwa, salah satu daripada produk bengkung keluaran syarikatnya yang berada di pasaran sejak empat tahun lalu tidak dikeluarkan lagi namun masih dijual oleh pihak yang menciplak barangan itu.

Katanya, ekoran daripada itu, dia yang mampu memperoleh pendapatan sehingga jualan 20,000 helai bengkung untuk sebulan mengalami kerugian antara 60 hingga 70 peratus.

“Produk tulen dijual pada harga RM139.90 manakala yang tiruan dijual antara RM39 hingga RM90.

“Ini menyebabkan 26 stokis dan ejen-ejen termasuk ibu tunggal tidak dapat menjual produk ini kerana yang kerana harga bengkung tiruanyang dijual jauh lebih murah harga asal,” katanya dalam sidang akhbar di Pejabat Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna di Sunway Putra Mall di sini hari ini.

Loading...

Dalam pada itu, Muhammad Sajjad berkata, pihaknya mendapati kebanyakan produk yang diciplak itu dijual di bazar, laman sosial dan platform e-dagang terkenal.

Jelasnya, dia kini dalam proses rundingan dengan pihak e-dagang bagi meminta mereka menyekat pihak-pihak tidak bertanggungjawab menjual bengkung tiruan itu.

Tambahnya, dia turut dimaklumkan terdapat pembeli yang memakai produk tiruan cedera pada badan kerana besi yang digunakan untuk bengkung itu terkeluar hingga mencucuk tubuh.

“Saya dan pasukan juga menyerbu di dua buah premis di Sungai Udang, Klang serta Jalan Chow Kit pada Mei lalu selepas menerima aduan serta merampas bengkung tiruan.

“Kotak, logo, jahitan, tulisan, tag dan kain yang digunakan amat berbeza dengan yang tulen dan saya menggesa mereka supaya menghentikan perbuatan itu jika tidak mahu berdepan dengan undang-undang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Bahagian Penguatkuasaan Negeri KPDNHEP, Azeem Nazuri berkata, pihaknya akan meneliti aduan Muhammad Sajad mengikut Akta Perihal Dagangan 2011.-UTUSAN ONLINE

Loading...

Leave a Reply