Bukan sekadar blog

Berita Utama

Mufti Perlis sebak Mahathir menangis depan ulama

KUALA LUMPUR — Tun Dr Mahathir Mohamad tidak dapat menahan sedih dalam pertemuan bersama tokoh ulama dan cendekiawan Islam, kata mufti Perlis.

Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata perdana menteri itu menangis ketika berucap supaya umat Islam kembali kepada al-Quran.

“Semasa Tun mengucapkan ‘kita sudah tiada jalan lain untuk menjadi umat Islam yang berjaya melainkan kena baca al-Quran’, Tun menangis dan tidak mampu lagi meneruskan ucapan,” coretnya di Facebook.

Loading...

“Saya juga rasa sebak. Semoga Allah merahmati Tun.”

Dr Mahathir mengadakan pertemuan khusus selama dua jam bersama tokoh ulama dan cendekiawan Islam di Jabatan Perdana Menteri semalam.

Mereka termasuklah penasihat umum Parti Amanah Negara (PAN) Ahmad Awang, pensyarah Universiti Oxford United Kingdom Datuk Dr Muhammad Afifi Al-Akiti dan presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) Mohd Azmi Abdul Hamid.

Loading...

Leave a Reply