CATATAN jurufoto ini cukup menyentuh sanubari semua. Selalunya merakamkan foto anak dan ibu bersama, tapi kali ini sangat berlainan kerana si ibu sudah kembali ke alam abadi.
Nukilan Zara Haleena, pengasas dan prinsipal Camora Arts ini cukup mengundang sebak sesiapa sahaja yang membacanya. Pengalamannya melaksana sesi fotografi demi menyempurnakan amanah pelanggan, merakamkan foto bayi Allahyarhamah Adlean Nael’da membuatkan netizen pilu.
Dalam sedih dan pilu, air matanya tidak dapat dibendung lagi tatkala dia menyiapkan bayi ini untuk sesi fotografi, terasa janggal dan kehilangan kerana ibu bayi ini sudah tiada lagi.
Mommy ada kat syurga!
Arwah sangat excited tunggu kelahiran baby
Peribadi Kak Elin yang sangat baik…
Kalau akak tak ada, tengok-tengokkan anak akak ye…
Al-Fatihah buat Kak Elin…
Arwah yang merupakan seorang peguam telah meninggalkan 4 orang cahaya mata. Selepas foto tersebut tular di laman sosial, ramai yang menzahirkan rasa sebak dan sedih.
Netizen turut mendoakan semoga arwah ibu kepada empat orang anak ini dicucuri rahmat, dan suami arwah dikurniakan ketabahan membesarkan keempat anak mereka.
Sumber: Zara Haleena
Leave a Reply