SEMALAM, Mahkamah Majistret Petaling Jaya telah menjatuhkan hukuman penjara selama 12 bulan ke atas pembantu stor kilang, Danial Abdullah Tan, 31, selepas didapati bersalah memecahkan cermin hadapan sebuah kereta menggunakan topi keledarnya.
Hukuman yang diterima Danial telah menerima pelbagai respons dari ramai pihak memandangkan Danial terpaksa menyambut Aidilfitri di sebalik tirai besi.
Terkesan dengan nasib yang menimpa Danial, seorang lelaki telah menawarkan diri untuk membayar ganti rugi ke atas pemandu kereta Perodua Alza yang dikenali sebagai Siew Chan Voon.
Kepada pemandu Alza
Memang dia bersalah, tapi…
Lelaki yang dikenali sebagai Mohd Fadzli Ramli itu mengakui perbuatan tersebut salah, namun dia berasa kasihan apabila mengenangkan nasib anak dan isteri Danial yang terpaksa beraya tanpanya di sisi.
Siapa yang pernah bawa motor faham situasi itu
Pemilik Alza, saya sudi gantikan kerugian demi anak-anak Danial
Sumber: Mohd Fadzli Ramli
Leave a Reply