Ku Lihat Langit Biru

Bukan sekadar blog

Politik

Tiada bukti yang menunjukkan menteri PH lemah – Salahuddin

KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub menangkis dakwaan bahawa barisan Kabinet Pakatan Harapan (PH) adalah lemah.

Beliau berkata, dakwaan itu hanyalah bersifat persepsi kerana tiada data sahih yang boleh dijadikan bukti berhubung dakwaan berkenaan.

“Saya rasa tiada kajian emperikal yang menjelaskan kenyataan itu. Itu persepsi mungkin.

“Tapi kalau Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri menegur kami sebagai anggota Kabinet yang masih tak mencapai prestasi seumpamanya, saya sebagai Menteri Pertanian sedar saya bermula dari kosong, jadi kita harus tunjukkan kita mesti mampu bekerja itu sahaja,” katanya pada sidang meja bulat bersama media di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) di sini semalam.

Mengulas lanjut isu yang sama, Salahuddin berkata, beliau sendiri sedang bekerja keras meskipun berhadapan tugas yang mencabar dan sukar.

“Kita tunjukkan kita mampu bekerja, jangan makan rasuah, tunjukkan apa perancangan kita.

“Jadi jika orang luar kata pasukan Dr Mahathir itu lemah saya tidak rasa begitu. Kita buat kerja, biar kerja kita yang membuktikannya dan akhirnya biar rakyat yang putuskan, yang penting bagi saya kita buat kerja,” katanya.

Loading...

Leave a Reply

Theme by Anders Norén