Bukan sekadar blog

Berita Utama

‘Pemergian yang dicemburui…’ – Lelaki ini dijemput Ilahi ketika ambil wuduk pada malam Jumaat

SETIAP yang bernyawa pasti akan merasai mati. Bagaimanapun, sebagai umat Islam, kita sangat berharap agar dapat meninggalkan dunia yang fana ini dalam keadaan yang baik atau husnul khatimah.

Semalam, seorang lelaki rebah akibat diserang sakit jantung lalu disahkan meninggal dunia ketika sedang mengambil wuduk untuk menunaikan solat Isyak di Masjid Taman Selasih, Kulim.

Pemergiannya dalam keadaan husnul khatimah begitu dicemburui oleh orang ramai yang mahukan pengakhiran hidup seperti arwah.

Menurut sumber, jenazah arwah kini diempatkan di dewan Masjid Taman Selasih sebelum disembahyangkan pada jam 10.30 pagi ini.

Sementara itu, di media sosial netizen mendoakan agar roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang beriman.

Loading...

Leave a Reply