Bukan sekadar blog

Politik

MB Terengganu kini naib presiden Pas yang baharu

KUANTAN – Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar sah menjadi Naib Presiden Pas bersama dua lagi penyandang pada pemilihan Jawatankuasa Kerja Pas Pusat bagi sesi 2019-2021.

Dua penyandang jawatan itu ialah Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah dan Idris Ahmad.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pas Pusat, Dr. Mohd. Fuad Mohd. Salleh mengumumkan perkara itu selepas penyandang Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad menolak pencalonan bagi jawatan berkenaan.

“Kami menerima empat pencalonan (Naib Presiden) dan seorang tidak mengesahkan pencalonannya untuk bertanding sehingga 12 Jun lepas, jadi tiada pertandingan bagi jawatan ini,” katanya ketika memberikan taklimat pemilihan pada Muktamar Tahunan Pas kali ke-65 di sini, hari ini.

Loading...

Iskandar ketika ditemui berkata, beliau menolak pencalonan itu kerana ingin memberi laluan kepada Ahmad Samsuri yang merupakan calon lebih berprofil tinggi.

Kemenangan itu menyaksikan beberapa jawatan penting parti berkenaan dimenangi tanpa bertanding termasuk Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man selain Ketua Dewan Ulama, Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh, Nuridah Mohd. Salleh (Ketua Dewan Muslimat) dan Khairil Nizam Khiruddin (Ketua Dewan Pemuda). – Bernama

Loading...

Leave a Reply